PROGRAM TRANSISI
Konsep:
Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada
satu keadaan yang lain.
Transisi
kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi
rumah ke prasekolah
* Transisi
prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)
Transisi
rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga
ke tadika atau prasekolah.
Tujuan
program Transisi:
Kanak-kanak
dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta
pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru
dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
Meningkatkan
minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah.
Peranan guru
prasekolah
a) Mewujudkan
hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa yakin
untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru
prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak
.Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model
yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di
prasekolah seperti di rumah mereka.
c) Guru
prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan
persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu
menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang
berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu
memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan
yang berlaku di rumah mereka.
Peranan
pembantu prasekolah
a) Melayan
kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di
tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu
kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan
bermain.
c) Mengawasi
keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu
guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.
Sumber: PRA3101_04_Asas_Pendidikan_Awal_Kanak-kanak_pdf
Sumber: PRA3101_04_Asas_Pendidikan_Awal_Kanak-kanak_pdf
No comments:
Post a Comment