Etika Guru Prasekolah


Etika guru prasekolah
Contoh Petikan: Etika Tanggungjawab  Guru Prasekolah Kepada  Kanak-Kanak
Sebagai pendidik kanak-kanak adalah  wajar anda mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut, guru harus lebih mengutamakan hak dan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-kanak kami daripada hal-hal lain. Guru prasekolah harus sentiasa sedia mendengar  suara hati kanak-kanak dan memahami mereka. Mereka harus mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak serta selalu menggunakan komunikasi bukan lisan  dan memaksimakan  komunikasi  bersama kanak-kanak. Di samping itu, guru prasekolah mesti bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak.
Guru prasekolah harus mengingati bahawa membuat kawalan yang baik daripada membuat  ugutan (threatening). Perasaan yang responsif, galakan  dan peluang kejayaan harus diberikan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan  apabila mereka dalam keadaan  yang kebingungan dan  keliru. Guru harus menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak. Guru harus sentiasa meningkatkan dan memaksimakan komitmen  terhadap kekuatan dan potensi kanak-kanak. Guru berperanan penting dalam membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran mereka.

Pendapat saya:
Saya telah fokuskan tanggungjawab guru prasekolah kepada kanak-kanak kerana saya ingin mengetahui dan memahami lebih banyak tanggungjawab guru prasekolah supaya saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru prasekolah dengan baik pada masa akan datang.
             Menurut informasi yang terdapat dalam petikan blog ini, saya bersetuju bahawa seorang guru prasekolah haruslah menjaga kebajikan dan hak-hak kanak dengan baik. Contoh hak kanak-kanak ialah hak perlindungan, hak perkembangan, hak penyertaan dan juga hak kehidupan. Saya berpendapat bahawa kanak-kanak harus diberi hak bermain. Sekarang, konsep bermain sambil belajar telah diutamakan dalam pendidikan prasekolah. Saya berpendapat bahawa kanak-kanak dapat mengembangkan imaginasinya melalui bermain. Melalui, kanak-kanak bukan sahaja dapat membina hubungan interpersonal malah juga dapat menyelidik benda-benda yang wujud di sekelilingnya.
            Selain itu, saya juga berpendapat bahawa guru prasekolah memang harus mempunyai nilai keadilan dalam layanannya terhadap kanak-kanak. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah melayan semua kanak dengan layanan yang sama tanpa mengira latar belakang dan kaum kanak-kanak. Hal ini demikian kerana layanan yang berat sebelah akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa kecewa dengan guru lalu hilang minat untuk belajar dan asyik melawan guru.
Di samping itu, saya berpendapat bahawa guru prasekolah bukan sahaja berperanan sebagai pendidik tetapi juga berperanan sebagai kawan kepada kanak-kanak. Biasanya, terdapat kanak-kanak yang suka berkongsi perkara dengan guru. Jadi, guru haruslah sudi mendengar perkara yang dialami oleh kanak-kanak dengan sabar supaya dapat memahami apa yang berlaku pada diri kanak-kanak tersebut.
            Bagi saya, seorang guru prasekolah harus menunjukkan contoh yang terbaik kepada kanak-kanak terlebih dahulu, barulah dapat melahirkan kanak-kanak yang berdisiplin, bersopan-santun dan sebagainya. Sebagai contoh, kalau guru prasekolah bercakap kasar di hadapan kanak-kanak, pasti kanak-kanak akan ikut juga cara bercakap guru itu.
            Akhir sekali, saya berpendapat bahawa hukuman rotan haruslah dielakkan dalam dunia pendidikan prasekolah. Saya berasa lebih baiklah guru menasihati dan memujuk kanak-kanak dengan kata-kata yang lembut daripada terus memukul kanak-kanak itu dengan rotan. Hal ini demikian kerana, saya berpendapat bahawa hukuman rotan akan meninggalkan kesan negatife pada fizikal dan mental kanak-kanak.                                                     

No comments:

Post a Comment